mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM WEBINAR NADI X CYBERSECURITY

Tarikh / HariMasaTempatPeserta
6 Disember 2024 (Jumaat)03:30 PM – 05:00 PMNADI Taman Nilam4 orang

Tujuan :

Program Webinar NADI X Cybersecurity diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber serta memberikan panduan kepada peserta mengenai cara melindungi data peribadi dan akaun dalam talian daripada ancaman siber.


Objektif

1.Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Siber – Memberikan pendedahan kepada peserta mengenai risiko siber dan cara menguruskannya.
2.Mendidik tentang Serangan Siber – Memahami ancaman seperti phishing, malware, ransomware, dan cara mengelakkannya.
3.Melindungi Data Peribadi – Memberikan panduan praktikal mengenai cara mengurus kata laluan, mengenal pasti laman web selamat, dan mengelakkan penipuan dalam talian.
4.Mempromosikan Amalan Digital Selamat – Menggalakkan tabiat penggunaan internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab.
5.Menggalakkan Keahlian NADIMeningkatkan penyertaan komuniti dalam program NADI bagi memperkasakan kemahiran digital.


Aktiviti

1.Taklimat Kesedaran Siber – Penerangan mengenai ancaman siber semasa dan kepentingan keselamatan dalam talian.
2.Pendaftaran Ahli Baru – Sesi pendaftaran bagi peserta yang berminat untuk menjadi ahli NADI.
3.Sesi Soal Jawab – Ruang untuk peserta bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti yang ditawarkan.
4.Perkongsian Pengalaman – Testimoni daripada ahli NADI yang telah mendapat manfaat daripada penerangan tersebut.


Manfaat

1.Ilmu Keselamatan Siber – Peserta mendapat pengetahuan mengenai cara melindungi diri daripada ancaman siber.
2.Kesedaran Risiko Dalam Talian – Dapat mengenali taktik penipuan dalam talian dan mengambil langkah berjaga-jaga.
3.Kemahiran Digital – Meningkatkan tahap literasi digital untuk penggunaan internet yang lebih selamat.
4.Akses kepada Sumber Pembelajaran – Ahli NADI dapat terus mengikuti program latihan dan webinar berkaitan keselamatan siber pada masa hadapan.
5.Jaringan Komuniti Digital – Berpeluang bertukar pengalaman dan membina rangkaian dengan pakar serta peserta lain.

Gambar disini