Kisah Kejayaan Suku Pertama
i) Rafidah binti Samin
Beliau merupakan seorang guru di Sek Keb Sungai Bunyi. Beliau belajar dan membuat kerja kursus dengan bantuan petugas di Pusat Internet Taman Nilam sehingga beliau mahir dalam IT. Beliau juga merupakan guru cemerlang dalam Bahasa Melayu.
Kisah Kejayaan Suku Kedua
i) Pelajar Sek Rendah (celik IT)
Petugas di Pusat Internet Taman Nilam memberikan latihan dan bimbingan kepada beberapa pelajar sekolah rendah untuk memberi kemahiran dalam IT.
ii) Kisah kejayaan Zakaria bin Ahmad
Encik Zakaria merupakan pengusaha membuat roti canai frozen. Beliau mengggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet Taman Nilam untuk mengembangkan perniagaannya.
iii) Azhani binti Zakaria
Puan Azhani merupakan seorang pembuat kek untuk hari lahir atau kek perkahwinan. Beliau menggunakan perkhidmatan internet untuk mengembangkan perniagaan beliau.