Kelas Asas Komputer bersama Pelajar Cilik
Tarikh : 15 Julai 2023
Masa : 10.00 – 11.00 pagi
Tempat: PEDi Taman Nilam
Peserta : 1 orang
Tujuan:
a) Melatih dan membimbing peserta menggunakan Paint untuk menghasilkan gambar yang mudah..
Kelas Canva bersama Pelajar Sekolah Rendah
Tarikh : 22 Julai 2023
Masa : 10.00 – 11.30 pagi
Tempat: Bilik Training PEDi Taman Nilam
Peserta : 5 orang
Tujuan:
a) Melatih dan membimbing peserta menggunakan Canva untuk menghasilkan kad ucapan
b)Meningkatkan kretiviti pelajar.
Kunjungan Menteri Komunikasi & Multimedia – YB Fahmi Fadzil
Pada 24 Julai 2023, Menteri Komunikasi & Digital Malaysia, YB Fahmi Fadzil telah membuat kunjungan mengejut ke PEDi Taman Nilam.
Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memastikan fasiliti di PEDi dalam keadaan yang baik.
“Alang-alang di Johor hari ini, saya buat lawatan mengejut ke dua Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pos Malaysia di kawasan Pontian.
Saya nak lihat sendiri fasiliti PEDi dan Pos Malaysia sama ada dalam keadaan yang baik dan berfungsi atau tidak.” – YB Fahmi Fadzil
Alhamdulillah, daripada kunjungan tersebut, beliau telah memberikan pujian dan maklum balas yang positif.