mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti – Mac 2024

Program Upaya Bakat Komuniti – Rancangan Perniagaan

Tarikh : 1 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang
Peserta : 19 orang usahawan berasaskan produk makanan
Lokasi : Kolej Komuniti Tanjung Piai

Objektif:
Modul ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang komprehensif tentang proses merancang perniagaan yang berjaya. Peserta akan belajar langkah-langkah penting dalam merancang perniagaan, termasuk analisis pasaran, strategi pemasaran, struktur organisasi, dan perancangan kewangan.

Modul:
1. Pengenalan kepada rancangan perniagaan
2. Analisis pasaran
3. Strategi pasaran
4. Struktur organisasi
5. Perancangan kewangan
6. Penulisan rancangan kewangan

Kaedah Pengajaran:
Modul ini akan disampaikan melalui kombinasi kuliah, perbincangan kumpulan, kajian kes, dan latihan praktikal. Peserta akan diberi peluang untuk merancang rancangan perniagaan mereka sendiri dan menerima maklum balas daripada pensyarah dan rakan sejawat.

Penilaian:
Penilaian akan dilakukan melalui penyerahan rancangan perniagaan yang lengkap, penyampaian oral, dan ujian bertulis. Penekanan akan diberikan kepada kebolehan peserta untuk mengaplikasikan konsep yang dipelajari dalam merancang perniagaan yang realistik dan berpotensi.

?Gambar di sini

 

Program Upaya Bakat – Facebook Page dan Tiktok Shop

Tarikh : 2 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang
Peserta : 19 orang usahawan berasaskan produk makanan, dan 14 orang usahawan perkhidmatan urutan
Lokasi : Kolej Komuniti Tanjung Piai

Objektif:
Modul ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang mendalam tentang cara membuat dan menguruskan Facebook Page dan TikTok Shop bagi tujuan pemasaran perniagaan. Peserta akan belajar langkah-langkah praktikal dalam mencipta dan memanfaatkan kedua-dua platform ini untuk memperluaskan jangkauan dan meningkatkan jualan perniagaan mereka.

Modul
1. Pengenalan kepada Facebook Page
2. Pengurusan Facebook Page
3. Pemasaran di Facebook
4. Pengenalan kepada TikTok Shop
5. Kandungan dan Strategi di TikTok
6. Pemasaran di TikTok
7. Analisis dan Penambahbaikan
8. Kesimpulan

Kaedah Kursus:
Modul ini akan disampaikan melalui kombinasi kuliah, demonstrasi praktikal, perbincangan kumpulan, dan latihan penggunaan platform. Peserta akan diberi peluang untuk mencipta kandungan dan strategi pemasaran semasa kelas.

Penilaian:
Penilaian akan dilakukan melalui penyerahan kandungan yang dibuat dan penyampaian secara lisan yang menilai pemahaman peserta tentang strategi pemasaran yang diajarkan dalam kelas.

Modul ini diharapkan dapat memberikan peserta pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memanfaatkan Facebook Page dan TikTok Shop secara efektif dalam pemasaran perniagaan mereka.

?Gambar di sini

 

Majlis Penutup Program Upaya Bakat Komuniti : Kursus Home Made Bakery dan Urutan Wanita 

Tarikh : 8 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Tanjung Piai
Perasmi : En. Syahrul Zaman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Tanjung Piai

Seramai 14 orang peserta telah mengikuti kursus Home Made Bakery dan 18 orang peserta mengikuti kursus urutan wanita yang telah dilaksanakan pada setiap hujung minggu bermula 23 Februari hingga 10 Mac 2024.

Objektif Program Upaya Bakat Komuniti ini diadakan bagi mendedahkan komuniti setempat berkaitan fungsi sebenar keberadaan Kolej Komuniti sebagai institusi yang memartabatkan peningkatan kemahiran komuniti melalui kursus PSH serta membuka peluang kemahiran kepada peserta untuk menjadi usahawan yang berkemahiran dalam bidang kursus yang sertai.
 
Kursus ini telah dijayakan oleh barisan tenaga pengajar untuk berkongsi ilmu kepada para peserta
 
Puan Nor Azura Binti Abd. Aziz – Pengajar kursus Home Made Bakery
Puan Nurliana Binti Hussin – Pembantu Pengajar kursus Home Made Bakery
Puan Minah Binti Aris – Pengajar kursus Urutan Wanita
Puan Noraziah Binti Abas- Pengurus Pusat Ekonomi Digital
Puan Noor Hidayah Binti Mat Isrin – Pengajar Kursus Keusahawanan
Puan Siti Nuraini Binti Junaidi -Pengajar Kursus Keusahawanan
Encik Mohd Lazim bin Sadikan – Pengajar Kursus Keusahawanan
 
Semoga semua peserta yang menghadiri kursus ini dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang dipelajari. Seterusnya lebih berkeyakinan, berkemahiran dan berpeluang meningkatkan pendapatan keluarga.
 
 
 

STEM – Kuda Kertas Lumba

Tarikh : 9 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 10:00 – 11:30 pagi
Peserta : 7 orang murid sekolah rendah
Lokasi : NaDI Taman Nilam

Objektif:
1. Meningkatkan daya kreativiti murid untuk merekabentuk kuda kertas yang mampu bergerak secara terus hingga ke akhir trek.
2. Mengukuhkan kemahiran pemikiran yang kritis murid untuk mencipta kuda kertas yang stabil.

?Gambar di sini

 

Kuiz Ramadan – Kahoot!

Tarikh : 30 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 10:00 – 11:00 pagi
Peserta : 7 orang murid sekolah rendah
Lokasi : NADI Taman Nilam

Objektif :
1. Memperkenalkan dan memahami bulan puasa yang penting dalam agama Islam
2. Membantu murid memahami konsep dan aspek-aspek asas bulan Ramadan, termasuk kepentingan, tujuan, dan sejarahnya dalam agama Islam.
3. Mengenal pasti dan memahami tradisi dan amalan yang diamalkan oleh umat Islam semasa bulan Ramadan, seperti puasa, sahur, berbuka puasa, dan amalan-amalan ibadah yang lain.
4. Menghargai makna dan signifikansi.
5. Penghayatan Nilai-Nilai Kemanusiaan.
6. Meningkatkan kepatuhan dan keberkatan

Soalan kuiz termasuk :
1. Soalan umum mengenai Ramadan
2. Tradisi dan amalan Ramadan
4. Makanan dan minuman sunnah
5. Peringatan dan perayaan Ramadan

?Gambar di sini