mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

Screenshot 2023 08 27 105504

PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) TAMAN NILAM

Screenshot 2023 08 27 105504

SELAMAT DATANG

 

       Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Nilam, terletak di Daerah Pontian. Daerah Pontian mempunyai 11 buah mukim iaitu:-

1.   Pontian Besar
2.   Pekan Nenas
3.   Benut
4.   Sanglang
5.   Ayer Baloi
6.   Pulai Sebatang
7.   Api-api
8.   Rambah
9.   Rimba Terjun
10. Kukup
11. Penerok

 

PEDi Taman Nilam terletak di Mukim Rimba Terjun yang terterbahagi kepada 9 Kawasan:-

Kawasan 1 (Kg.Teluk Kerang),
Kawasan 2 (Kg. Parit Sulaiman),
Kawasan 3 (Kg.Parit Rambai),
Kawasan 4 (Kg.Rambah),
Kawasan 5 (Kg.Rimba Terjun),
Kawasan 6 (Kg.Sungai Bunyi),
Kawasan 7 (Kg.Seri Bunian),
Kawasan 8 (Kg.Parit Raja), dan
Kawasan 9 (Kg.Tenggayun)

PEDi Taman Nilam terletak di bawah naungan Kawasan 5 (Kg.Rimba Terjun). Mukim Rimba Terjun terletak di selatan Mukim Pontian, di barat Mukim Jeram Batu / Pengkalan Raja, Mukim Sungai Karang, dan di utara Mukim Air Masin. Di barat Mukim Rimba Terjun adalah Selat Melaka.  Jarak antara PEDi Taman Nilam dengan bandar yang terdekat ialah Bandar Pontian iaitu 2.2 km yang hanya mengambil masa 5minit sahaja. Penduduk di Mukim Rimba Terjun terdiri daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Bilangan penduduknya adalah seramai 14,587 orang lelaki dan 13,014 orang perempuan, dan membawa kepada jumlah besar 27,601 orang penduduk (2020).

(Sumber: https://www.dosm.gov.my/uploads/publications/20221013121326.xlsx)

 

PETA KEDUDUKAN MUKIM RIMBA TERJUN

Rajah 1: Peta Mukim Rimba Terjun 

 

AHLI PARLIMEN

No. Kawasan DUN Nama Ahli Parlimen Mewakili Parti
P164 Pontian Datuk Ahmad Maslan BN (UMNO)
P165 Tanjung Piai Wee Jeck Seng BN (MCA)