SELAMAT DATANG KE
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TAMAN NILAM
BALAIRAYA SERBAGUNA TAMAN NILAM,
JALAN NILAM 6, TAMAN NILAM,
82000, PONTIAN,
JOHOR DARUL TAKZIM
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Nilam, Pontian, Johor Darul Takzim mengucapkan selamat datnag dan terima kasih kerana sudi melawat portal kami. Pusat Ekonomi Digital ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri, yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Selain itu, Pusat Internet turut menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer dan latihan ICT untuk warga komuniti tempatan bersama kelengkapan dan teknologi terkini dengan kadar bayaran perkhidmatan yang berpatutan. Sebanyak 12 buah PUSAT EKONOMI DIGITAL untuk Fasa Rintis, 73 untuk Fasa 1, 52 buah pusat untuk Fasa 2, 36 buah untuk Fasa 3 (Felda) manakala 45 buah untuk Fasa, buah untuk Fasa 5, beberapa buah Fasa 6 dalam proses pembinaan dan penubuhan untuk Fasa 7 dalam proses perbincangan untuk ditubuhkan.
Kehadiran anda ke NADI kami amat dialu-alukan kerana kami sedia memberikan perkhidmatan kepada anda semua. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
- 1. e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
- 2. e-Pembelajaran (e-Learning)
- 3. Pengumpulan dan pertukaran maklumat
- 4. Pusat Komunikasi
- 5. Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
- 6. Pusat peperiksaan dan persijilan.
WAKTU OPERASI
9.00 pagi – 6.00 petang
Waktu Rehat
Sabtu – Khamis : 1.00 – 2.00 petang
Jumaat : 12.30 tengah hari – 2.30 petang
Tutup : Cuti Umum
PETUGAS

Sebarang urusan sila hubungi Petugas NADI atau email ke tamannilam@pjk.com.my
Facebook : NADI Taman Nilam
“MEMBANGUN MALAYSIA MADANI”
