SENARAI SEKOLAH DI PONTIAN
3) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
4) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
SEJARAH PERSEKOLAHAN DI PONTIAN
Berberapa tahun selepas terbukanya bandar Tanjung Puteri pada tahun 1855, bermulalah persekolahan di negeri Johor. Sekolah pertama di Johor ini di kenali dengan nama Johor Free School yang didirikan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1864, Sekolah ini memberi pendidikan dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
Sekolah Melayu
Di daerah Pontian pula persekolahan Melayu bermula pada tahun 1907 ia itu dengan terdirinya sekolah –sekolah Melayu Pontian Kecil (di tapak Majlis Daerah Pontian), Sekolah Melayu Rimba Terjun dan Sekolah Melayu Sungai Durian. Ini diikuti dengan pembukaan Sekolah Melayu Telok Kerang pada tahun 1909. Sekolah Melayu Pulai Sebatang tahun 1910, Sekolah Melayu Benut 1912, Sekolah Melayu Bandar Pontian pada tahun 1913, Sekolah Melayu Serkat tahun 1917 dan Sekolah Melayu Air Baloi pada tahun 1917. Kesemua sekolah-sekolah ini letaknya di kampung-kampung Melayu di tepi jalan utama dari Kukup ke Benut.
Kampung-kampung di bahagian perdalaman ketika itu baru sahaja diteroka terutama oleh penghijrah dari Tanah Jawa. Menjelang kedatang dan pendudukan tentera Jepun (1941-1945) berberapa sekolah Melayu telah didirikan oleh orang-orang kampung, di berberapa buah lagi kampung di Pontian. Sekolah-sekolah. Sekolah Melayu Sanglang (1935). Ini ialah sekolah-sekolah Melayu Kayu Ara Pasong (1935), Sekolah Melayu Parit Kudus (1938), Sekolah Melayu Sri Pulai (1938) dan Sekolah Melayu Sungai Boh (1938).